Jusmate5 Online Shop

www.nurulbeauty.com

Terkini dari HPM

Feb-3-2010 By Kak Nurul

TIPS DIET SECARA SIHAT

JITRA, 12 Feb (HPM) — Amalan diet yang sihat dapat menghindari diri dari pelbagai penyakit. Selain itu, sekiranya diet secara tetap diamalkan banyak manfaat yang diperolehi.

Berikut ialah tip diet secara sihat:

  1. Makan ketika lapar dan berhenti apabila kenyang.
  2. Jika tidak lapar, makan sekadar untuk mengunyah dan pastikan anda menikmati setiap kunyahan agar cepat merasa kenyang.
  3. Jangan menghukum diri untuk kelihatan kurus dan yakin anda boleh menjadi langsing.
  4. Jangan makan sekiranya anda sedang marah, sedih, takut atau bimbang. Sekiranya anda makan ketika emosi seperti ini, kemungkinan anda mengalami obesiti.
  5. Berhenti daripada mengharap perkara yang akan mengubah hidup anda supaya merasa lebih baik. Sebaliknya, and perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan.
  6. Apabila anda fikir usaha anda telah gagal, cuba tulis pada kertas setiap makanan yang sudah dimakan dan baca apa yang anda tuliskan.
  7. Cepat sedarkan diri anda apabila anda makan tanpa lapar kerana ia boleh menambahkan lagi berat badan anda.
  8. Walaupun anda telah melakukan pelbagai program diet tetapi berat badan tetap tidak turun. Ini bukan bererti anda tidak berusaha, sebaiknya anda sudah melakukan yang terbaik.

Sumber : HPM

TIP KURANGKAN BERAT BADAN SECARA BERANSUR

JITRA, 17 Feb (HPM)—Bagi menangani masalah obesiti secara selamat ,sebaiknya ketahui penyebab obesiti terlebih dahulu kerana cara mengatasinya  berbeza-beza dan puncanya juga adalah berlainan.

Sebab itu pentingnya mendapatkan nasihat doktor pakar,khususnya pakar diet agar dapat melakukan pemeriksaan dengan tujuan mengetahui secar atepat,berapaah sebenarnya keperluan kalori dan makronutrien seseorang.

Setelah mengetahui beberapa keperluan barulah disarankan diet sesuai,contohnya diet 1000 kalori,protein 50gram,lemak 25gram dan karbohidrat 55peratus.

Cadangandiet tersebut kemudian diterjemahkan menjadi bentuk bahan makanan dan cara penyediaannya.

Dengan mengikut nasihat doktor diharapkan penurunan berat badan berlaku secara berperingat –peringkat bukan secara drasik atau secara yang kemudiannya diikuti kenaikan berat badan yang banyak.

FAKTOR PENYEBAB OBESITI

JITRA, 20 Feb (HPM) — Obesiti ialah jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak yang tidak terkawal.

Obesiti menyerang tanpa mengira peringkat usia dan jika seseorang itu mengalami masalah obesiti, secara tak langsung, mereka berhadapan dengan penyakit yang berisiko tinggi seperti serangan jantung, diabetes, strok dan darah tinggi.

Punca obesiti ialah makan secara berlebihan terutamanya makanan yang mengandungi kalori, lemak dan gula yang tinggi.

Kesibukan bekerja dan malas bersenam juga menjadi salah satu punca obesiti dan lebih ketara ialah jika bekerja di pejabat serta kurang melakukan aktiviti kecergasan.

Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang mengakibatkan berat badan berlebihan. Contohnya, jika ibu atau bapa seorang obesiti, tidak musatahil anak atau generasi akan datang mengalami masalah yang sama.

Selain itu, punca obesiti ini jjuga ialah mengamalkan pengambilan ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor yang menyebabkan berat badan bertambah. Contohnya, steroid yang berlebihan boleh menyebabkan diabetes dan hipertensi.

Sumber : Herba Prima Marketing

KOLESTEROL PUNCA PENYAKIT

JITRA, 29 Jan (HPM) – Kolesterol yang tinggi tidak hanya berlaku pada orang yang mempunyai berat badan berlebihan, malah ia boleh berlaku kepada orang yang bertubuh kurus.

Kandungan kolesterol yang tinggi boleh menjadi punca untuk mendapat pelbagai penyakit kerana ia terdiri daripada kandungan bahan berlemak.

Makanan seperti ini mengandungi kolesterol tinggi

Bahan berlemak ini atau ‘lipid’ merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan yang kita makan dan juga ditemui dalam pengaliran darah manusia.

Menurut kajian, dua sumber utama dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati kerana hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah serta merembeskan kolesterol kembali dalam darah.

Keburukan kolesterol ialah ia tidak boleh larut dalam darah kecuali jika bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein.

Bagi mengurangkan kolesterol, pengguna perlu mengurangkan pengambilan makanan berkolesterol seperti minyak, ayam, makanan segera dan lain-lain.

Elak Perut Buncit

Ada enam panduan boleh dicuba wanita yang impikan perut kempis. Caranya adalah dengan melengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.

Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.

Hindari minuman beralkohol. Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.

Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.

Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.

Sumber:

Herbaprima.com.my

Add A Comment

You must be logged in to post a comment.